jam 1.0 pagi minum teh O bersama sorang rakan ni, kami bercerita kisah2 dan pengalaman yang berlaku, lagipun da lama x jumpa. Dan die ada buka cite pasal "study"..dan bertanya camne nk blaja dengan cara yang betul, exam 2 bulan lagi..jadi saya pun luah kan pendapat saya cara terbaik untuk kita belajar..
1.Faham bukan hafal
2. Ada rujukan buku atau modul
3. Belajar mengikut silibus
4. Berkongsi maklumat yang diperolehi
5. Bertanya kepada yang mampu menjawab persoalan
6. Belajar secara berkumpulan tapi bersedia terlebih dahulu bab yang ingin dibincangkan
Lagi satu pekara yang student selalu buat yang memang saya x sokong,ialah belajar kerana nk dapatkan markah yang cemerlang, jika untuk mencapai matlamat ni, biasanya mereka hanya fokus kepada exam sahaja dan bukannya memahami isi secara keseluruhan yang dipelajari, malah lagi bermasalah apabila bekerja nanti mereka tidak mampu untuk menyesuaikan nya dengan pekerjaan.
Jadi penetu anda betul-betul dapat ilmu tersebut bukan berdasarkan markah yang anda pelajari ,tetapi berapa faham anda pelajari, walupun pelajaran tu sudah lama ditinggalakan, saya percaya seseorang itu mampu mencari maklumat yang telah dipelajari itu dan kemudian senang untuk memahami ilmu tersebut
Tidak perlu bersedih jika anda dapat markah rendah walaupun anda bersunguh sungguh memahami fakta tersebut, kerana ianya bukan sekadar digunakan dalam exam tetapi dalam kehidupan kita juga. Tetapi anda patut berasa menyesal apabila anda dapat markah yang tinggi tetapi tidak dapat manfaatkan ilmu tersebut, ianya sama sahaja anda meniru dalam peperiksaan
selamat mencuba ..
No comments:
Post a Comment